Julai lepas, Koei Tecmo mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan sekuel kepada permainan JRPG, Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout iaitu Atelier Ryza 2: Lost Legends & The Secret Fairy di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC.

Terkini, ketika acara Tokyo Game Show yang berlangsung hujung minggu lepas, mereka juga mengumumkan permainan tersebut turut akan tiba di konsol PlayStation 5 menjelang penghujung tahun ini. Menariknya, bagi mereka yang membeli versi PlayStation 4, pelanggan juga berupaya untuk menaik-taraf ke versi PlayStation 5 tanpa sebarang kos tambahan.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Atelier Ryza, permainan ini merupakan sekuel kepada Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout yang dilancarkan tahun lepas di mana ia memfokuskan watak ahli kimia Ryza dan pengembaraannya. Dengan permainan sekuel ini, ia sekali lagi akan memfokuskan pengembaraan Ryza bersama-sama rakannya untuk menyelesaikan misteri “Lost Legends”.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini