Skip to main content

Ogos lepas, Capcom mengumumkan yang mana yang mana mereka akan melancarkan DLC musim kelima dan terakhir buat permainan Street Fighter V dengan lima watak baharu bermula dengan Dan Hibiki.

Terkini, bersempena dengan acara Tokyo Game Show yang berlangsung hujung minggu lepas, mereka akhirnya memperlihatkan watak Dan tersebut beraksi dengan pelbagai kemahirannya.

Dan Hibiki merupakan watak yang mula diperkenalkan ketika permainan Street Fighte rAlpha beberapa tahun lepas di mana seperti Ryu dan Ken, beliau mempunyai bentuk kemahiran seakan mereka. Berdasarkan video di atas, Capcom memperlihatkan beberapa kemahiran beliau termasuklah kemahiran ejekan ikonik beliau yang mana turut boleh dilakukan melalui permainan ini.

Capcom menyatakan watak DLC musim kelima akan dilancarkan secara berperingkat bermula dengan watak Dan sekitar suku keempat tahun ini.

Street Fighter V telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC di mana sebelum ini juga kami telah mengulaskan edisi Champion Edition di mana ia merupakan edisi lengkap buat permainan tersebut.

Leave a Reply