SEGA Memperacahkan Permainan Virtua Fighter Baharu

Ketika acara Tokyo Game Show yang berlangsung hujung minggu lepas, SEGA memperacahkan permainan baharu berdasarkan siri Virtua Fighter dan menariknya, berdasarkan tajuk yang diperlihatkan, permainan tersebut kelihatan akan memfokuskan esukan.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Virtua Fighter, ia merupakan permainan perlawanan yang mula dilancarkan pada 1993 lepas sebagai permainan perlawanan 3 dimensi pertama. Terkini bersempena ulang tahun ke-60 buat syarikat SEGA, mereka kelihatan akan membawa kembali siri ini.

Buat masa ini, informasi lanjut masih belum diumumkan. Namun kami akan mengemaskini sebarang pengumuman setelah SEGA mengumumkannya kelak.

Sohor Kini