Nintendo hari ini mengumumkan Animal Crossing: New Horizons akan menerima kemaskini yang bertemakan Halloween. Ia akan tiba pada 30 September ini dan menyertakan pelbagai penambahan.
Berikut adalah antara perkara yang disertakan;
Pemain boleh membeli benih untuk labu sepanjang bulan Oktober, ia boleh dituai untuk digunakan pelbagai projek DIY untuk digunakan sebagai hiasan di rumah ataupun pulau.
Terdapat juga pelbagai pakaian, alat solekan dan pelbagai projek DIY untuk menyambut Halloween. Pada malam Halloween, penduduk pulau juga akan mempunyai kostum mereka tersendiri.
Sambutan Halloween akan bermula pada 31 Oktober, 5 Petang di mana penduduk akan berkumpul di plaza. Tetamu Jack “czar of Halloween” juga akan hadir, di mana anda boleh tukar candy untuk mendapatkan pelbagai barangan.
Mereka juga mengumumkan kemaskini seterusnya akan dikeluarkan pada akhir November, berkemungkinan besar bertemakan Hari Natal.