Konami akhirnya melancarkan secara rasmi permainan klasik Metal Gear, Metal Gear Solid, Metal Gear Solid 2 dan Konami Collector’s Series: Castlevania and Contra untuk PC melalui gedung dalam talian GOG. Ia adalah seperti mana yang tertiris di Agensi Penarafan Taiwan sebelum ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini Metal Gear merupakan permainan pertama untuk siri oleh Hideo Kojima ini yang dikeluarkan pada 1987, Metal Gear Solid pula permainan ketiga yang dikeluarkan pada tahun 1998, Metal Gear Solid 2: Substance pula adalah versi penambahan untuk Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty iaitu permainan keempat.

Manakala Konami Collector’s Series: Castlevania and Contra pula menyertakan permainan seperti berikut;

  • Castlevania
  • Castlevania II Simon’s Quest
  • Castlevania III Dracula’s Curse
  • Contra
  • Super C (Super Contra)

Jika anda berminat, anda boleh dapatkannya melalui GOG dengan harga serendah $5.99 sehingga $9.99.

Sohor Kini