Spotify sejak kebelakangan ini mula memfokuskan kepada kandungan podcast. Selain terkenal sebagai platform penstriman muzik, mereka mempunyai 250 “perpustakaan” podcast asli. Tetapi, ia tidak berhenti di situ sahaja. Spotify ingin hadir dengan filem dan siri TV pula, yang mana jalan ceritanya adalah berdasarkan podcast-podcast ini.

Spotify sudah pun membuat perjanjian dengan Chernin Entertainment. Iaitu syarikat di sebalik filem-filem Ford vs Ferrari, The Greatest Showman, Underwater dan banyak lagi. Spotify membenarkan Chernin menggunakan kandungan asli podcast mereka kerana tidak terikat dengan mana-mana IP.

Spotify sudah pun ada siri TV di Prime Video, iaitu Homecoming yang diadaptasi dari podcast mereka. Kelak, podcast The Clearing pula akan hadir dengan siri TV – kerjasama Chernin dan Pineapple Street Media.

Sohor Kini