Dua hari lepas, Netflix sudah pun menyiarkan filem Enola Holmes. Ia adalah filem adaptasi dari siri novel, hasil karya Nancy Springer yang memfokuskan kepada watak Enola Holmes – adik kepada Sherlock Holmes. Filem ini dilihat agak menarik, kerana ia mempertontonkan sesuatu yang berbeza untuk kisah Sherlock Holmes.
Filem ini diarahkan oleh Harry Bradbeer dan Enola dilakonkan oleh Millie Bobby Brown (11 dalam Stranger Things). Kedua-dua ini dilihat berminat untuk meneruskan filem ini sebagai satu francais. Jika diizinkan, filem sekuel mungkin akan dihasilkan. Novel-novel Enola Holmes juga mempunyai lima buku. Jadi ada harapan yang filem ini boleh mengikut siri dari buku.
Tiada sebarang informasi rasmi, tetapi ini adalah sesuatu yang menarik. Kami juga selepas tonton dapat rasakan yang Netflix tamatkan filem ini dengan harapan untuk mempunyai sekuel. Sama-sama kita nantikan.