Kemaskini 15 Oktober 2020: DLC Darkness In The Capital kini dilancarkan. Ia boleh di beli secara bersama dengan pas musim ataupun secara berasingan dengan harga RM51 di PSN Store. Team Ninja juga berkongsi video acah khas di bawah.
Dengan pelancaran DLC The Tengu’s Disciple pada bulan Ogos lepas, hari ini Koei Tecmo dan Team Ninja mengumumkan DLC kedua buat permainan Nioh 2 akan dilancarkan pada 15 Oktober 2020 ini di mana ia akan menyertakan pelbagai kandungan baharu buat permainan tersebut.
Menurut Team Ninja, DLC kedua ini akan bernama Darkness In The Capital di mana ia memfokuskan penceritaan baharu dengan pelbagai ketua musuh baharu dan juga Gurdian Spirits baharu dengan pelbagai kemahiran-kemahiran baru. Selain itu, seperti biasa DLC ini juga akan menyertakan pelbagai set kelengkapan senjata dan perisai yang pemain boleh dapatkan.
Menurut Tom Lee, pengarah kreatif dari Team Ninja, DLC ini akan menempatkan pemain ke bandaraya Kyoto untuk menyiasat sejarah Sohoyamaru. Di sana, pemain akan temui pelbagai raksasa Yokai yang akan menghalang pemain dan menakluk bandaraya tersebut.
Seperti DLC sebelum ini, DLC ini boleh dibeli secara berasingan ataupun melalui pas musim dengan harga RM141 yang mana akan sertakan kesemua DLC akan datang dan DLC The Tengu’s Disciple sebelum ini.
Nioh 2 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada Mac lepas di mana kami sebelum ini juga telah pun mengulas permainan tersebut di mana anda boleh membacanya di bawah.
Ulasan Nioh 2 – Satu Lagi Permainan “Soulsborne” Yang Sangat Menguji Kesabaran