Ogos lepas, Modus Games mengumumkan permainan kedua untuk siri Override iaitu Override 2: Super Mech League di mana ia adalah permainan perlawanan gergasi robot mecha.

Ketika pengumuman tersebut, mereka menyatakan akan terdapat satu pengumuman tambahan berkenaan watak DLC yang akan tiba di permainan tersebut dan kini mereka akhirnya mengumumkannya secara rasmi iaitu watak tersebut adalah watak adiwira Ultraman daripada siri Netflix.

Menurut Modus Games, DLC ini akan dilancarkan melalui pas musim khas Ultraman di mana ia akan menyertakan 4 watak Ultraman berdasarkan siri Netflix iaitu Ultraman, Shinjiro Hayata, Bemular, Ultraman Seven Dan Moroboshi dan raksasa Black King. Modus Games juga menyatakan akan terdapat beberapa kandungan Ultraman lain turut akan tiba secara bersama.

Bagi anda yang berminat, permainan ini kini boleh dipra-tempah melalui laman rasmi permainan tersebut, termasuklah edisi khas Ultraman Deluxe Edition di mana ia dijual dengan harga bermula $39.99(~RM168).

Override 2: Super Mech League akan tiba di konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam sekitar penghujung tahun ini.

Sohor Kini