Jun lepas, Outright Games mengumumkan permainan Transfomers: Battlegrounds, iaitu permainan strategi secara turutan seakan XCOM berdasarkan siri Tranformers.
Terkini, dengan pelancarannya yang semakin hampir bulan hadapan, Outright Games akhirnya memperlihatkan bentuk permainannya secara terperinci dan pelbagai watak yang akan tiba.
Transfomers: Battlegrounds akan memfokuskan bentuk permainan strategi secara turutan seakan siri XCOM di mana pemain akan bermain sebagai dua pasukan Transformers iaitu Autobots dan Decepticons yang terdiri daripada pelbagai watak seperti Optimus Prime, Bumblebee, Starscream, Megatron dan sebagainya.
Dengan bentuk permainan secara solo dan multi-pemain, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai kemahiran-kemahiran berdasarkan setiap watak daripada siri tersebut dan juga tetapan tahap kesukaran untuk pemain baharu dan juga pemain veteran.
Transformers: Battlegrounds akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 23 Oktober 2020 ini.