Skip to main content

I AM DEAD merupakan permainan oleh Annapurna Interactive dan Hollow Ponds yang diumumkan ketika acara Nintendo Indie World sebelum ini.

Ia sebelum ini dijadualkan untuk dilancarkan bulan ini, dan kini Annapurna Interactive mengumumkan yang mana ia akan ditunda dan tarikh pelancaran baru adalah 8 Oktober 2020 ini di konsol Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

I AM DEAD adalah permainan pengembaraaan tekaria yang memfokuskan pemain untuk mengembara di dalam dunia selepas “mati”. Pemain akan bermain sebagai Morris Lupton, iaitu kurator muzium yang telah meninggal dunia di satu kepulauan kecil Shelmerston di mana pemain perlu menyelesaikan beberapa tekaria beberapa masyarakat sekeliling kepulauan kecil tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan ini, anda boleh membuat pra-tempahan di mana ia akan dijual dengan harga bermula $19.99(~RM84) di Nintendo eShop dan RM39 di Steam.

Menariknya, Annapurna Interactive menawarkan harga diskaun sebanyak 10% buat pra-tempahan permainan ini bermula hari ini sehingga 16 Oktober ini.

Leave a Reply