Sports Interactive hari ini mengumumkan yang Football Manager 2021 akan dikeluarkan secara rasmi pada 24 November untuk PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.
Manakala untuk versi Football Manager 2021 Touch dan Football Manager 2021 Mobile untuk iOS serta Android akan tiba kemudian. Versi Switch dijangka akan tiba pada bulan Disember.
Mereka juga mengumumkan yang Football Manager 2021 akan turut dikeluarkan untuk Xbox One dan Xbox Series (melalui satu pembelian sahaja). Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran.
Ia adalah Xbox Edition untuk memudahkan kawalan menggunakan alat kawalan. Menggunakan teknologi Play Anywhere oleh Microsoft, versi PC dan Xbox boleh menggunakan fail simpanan yang sama.