Skip to main content

Maneater, iaitu permainan simulasi ikan jerung oleh Deepsilver dan Blindside Interactive sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Kini, Deep Silver mengumumkan yang mana mereka turut akan melancarkan permainan ini di konsol generasi akan datang iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series. Dari segi tarikh pelancaran, ia akan tiba pada hari pertama konsol tersebut dilancarkan iaitu 12 November untuk PlayStation 5 dan 10 November untuk Xbox Series.

Menurut pembangun, bagi versi konsol generasi seterusnya, mereka akan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan visual seperti sokongan resolusi 4K dengan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS. Menariknya, bagi mereka yang sudah pun memiliki permainan tersebut di konsol PlayStation 4 dan Xbox One, pembangun akan menyertakan penaik-tarafan versi konsol generasi seterusnya secara percuma.

Bagi versi PC pula, segala pernaik-tarafan akan dilancarkan secara percuma menjelang tahun hadapan.

Maneater meletakkan pemain untuk bermain sebagai seekor ikan jerung dan perlu memburu manusia dengan memakan mereka. Pemain juga kelihatan berupaya untuk menggunakan pelbagai jenis jerung dan bertempur dengan pelbagai jenis senjata yang akan digunakan oleh manusia.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang November ini.

Leave a Reply