Bulan lepas, Bandai Namco mengumumkan yang mana permainan MMORPG dunia terbuka, Bless Unleashed akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 secara rasmi dan kini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan iaitu ia akan tiba pada 22 Oktober ini.

Bless Unleashed sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan termasuklah sesi beta tertutup buat konsol PlayStation 4 pada bulan lepas. Bandai Namco juga menyatakan versi PC akan dilancarkan menjelang tahun hadapan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, pemain berupaya untuk mengembara dan bertempur dengan pelbagai jenis raksasa di samping berinteraksi dengan permainan lain khas melalui permainan MMORPG ini. Menariknya, permainan ini makan menyertakan 5 kelas watak bersama 4 jenis kaum berbeza untuk pemain pilih dan mengembara di dalam dunia tersebut.

Pada masa yang sama, Bandai Namco juga mengumumkan beberapa edisi permainan akan dilancarkan di mana anda boleh pra-tempah bermula 8 Oktober 2020 ini.

Sohor Kini