Sebelum ini kami berkongsi yang mana permainan seram Remothered: Broke Porcelain akan dilancarkan pada 20 Oktober 2020 ini dan kini tampaknya Modus Games dan Sotrmind Games mengumumkan permainan ini akan dilancarkan seminggu awal iaitu 13 Oktober 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.
Menurut Shane Bierwith iaitu naib presiden pemasaran dari Modus Games, beliau menyatakan yang mana tarikh pelancaran lebih awal semestinya jarang sekali berlaku di industri permainan video. Namun, mereka berpendapat untuk memberi peluang kepada pemain untuk bermain permainan ini lebih awal, terutamanya bersempena dengan bulan Halloween, sepanjang bulan Oktober ini.
Remothered: Broke Porcelain merupakan permainan seram yang memfokuskan rumah penginapan Ashmann yang bermisteri. Melaluinya, permainan ini akan memfokuskan bentuk permainan pertahanan hidup dan juga elemen seram dan pemain perlu mencari jalan dan bertahan di dalam rumah penginapan tersebut.
Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Oktober ini.