Rocket League secara rasminya menjadi permainan percuma kelmarin, dan tampaknya ia tidak mengambil masa yang lama untuk memberi kesan apabila permainan tersebut mencatat lebih 1 juta pemain serentak hari ini.
Perkara tersebut dikongsi oleh ketua pembangunan Pyonix, Corey Davis melalui Twitter beliau.
Namun, ia tidak hadir dengan tanpa masalah, kerana lambakan pemain dalam masa singkat, Rocket League telah mengalami masalah pelayan untuk beberapa jam sebelum ia diselesaikan.
Rocket League kin ditawarkan percuma di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Epic Games Store di mana dengan menebusnya sebelum 23 Oktober anda akan mendapat kupon $10.