Skip to main content

Sebelum ini kami kongsikan yang mana Square-Enix akan melancarkan edisi lengkap buat permainan Dragon Quest XI, iaitu Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age pada bulan Disember ini.

Terkini, bersempena acara Tokyo Game Show yang berlangsung minggu ini, Square-Enix mengumumkan yang mana permainan tersebut telah pun diedarkan dan terjual secara digital melebihi 6 juta salinan, 500,000 unit tambahan sejak Disember lepas.

Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age merupakan edisi lengkap buat permainan Dragon Quest XI yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol PlayStation 4 mana versi ini ia menyertakan pelbagai kandungan tambahan termasuklah keupayaan untuk menukar visual pixel.

Edisi ini sebelum ini tiba di konsol Switch dan kini, Square-Enix akhirnya akan melancarkannya di konsol-konsol lain dan PC melalui Steam dan Epic Games Store menjelang 4 Disember 2020 ini.

Kami juga pernah mengulas permainan ini dan menganggapnya antara permainan JRPG terbaik pernah dikeluarkan. Anda boleh baca ulasan melalui pautan ini di bawah.

Ulasan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age – JRPG Terbaik Di Playstation 4

Leave a Reply