Skip to main content

Pada akhir tahun lepas, telah dilaporkan yang Amazon bakal hadir dengan perkhidmatan penstriman permainan video awanan mereka sendiri, hari ini, mereka mengumumkannya secara rasmi iaitu Luna yang akan menyertai perkhidmatan seperti Stadia, xCloud dan Geforce Now.

Berikut adalah antara yang ditawarkan melalui perkhidmatan ini;

  • Harga pengenalan $5.99/sebulan
  • Resolusi 4K/60FPS untuk permainan tertentu
  • Menyokong PC, Mac, iOS (mengunakan pelayar), sokongan Android tiba kemudian
  • Lebih 100 permainan seperti Resident Evil 7, Control, Panzer Dragoon, A Plague Tale: Innocence, The Surge 2, Yooka-Laylee, GRID, Abzu, dan Brothers: A Tale of Two Sons
  • Mempunyai integrasi dengan Twitch

Mereka juga mengumumkan kerjasama dengan Ubisoft dan akan menawarkan “channel” tersendiri untuk bermain permainan mereka, pemain yang melanggan channel tersebut akan boleh bermain permainan mereka.

Amazon turut melancarkan alat kawalan khusus yang ditawarkan dengan harga $49.99, ia mempunyai sokongan Alexa tetapi alat kawalan lain kemungkinan turut boleh digunakan.

Buat masa ini ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat, tidak disahkan jika akan tiba secara global. Anda boleh layari laman rasmi Luna untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply