Microsoft telah melakukan kejutan pada minggu ini apabila mengumumkan yang mereka bakal mengambil alih ZeniMax Media dengan bayaran sebanyak $7.5 bilion. Pengambil-alihan tersebut akan diselesaikan sekitar tahun hadapan.

Namun, tampaknya ia telah memberi kesan apabila hari ini mereka mengumumkan yang Doom Eternal akan menyertai Xbox Game Pass pada 1 Oktober ini untuk Xbox One. Manakala untuk PC ia akan tiba sekitar tahun ini tetapi masih tiada tarikh tetap diumumkan.

Doom Eternal merupakan antara permainan menembak terbaik yang dikeluarkan pada tahun ini, anda boleh baca ulasan kami di pautan ini ataupun melalui video di atas. Ia juga akan menerima penambahan pertama iaitu The Ancient Gods pada 20 Oktober ini tetapi bukan sebahagian Xbox Game Pass.

Sohor Kini