Variety hari ini melaporkan yang SEGA, bersama dengan 1212 Entertainment dan Wild Sheep akan menerbitkan filem aksi nyata berdasarkan siri permainan Yakuza.

Erik Barmack dari Wild Sheep serta Roberto Grande dan Joshua Longdari 1212 Entertainment akan menjadi penerbit. Mereka masih lagi mencari penulis skrip sebelum mendapatkan pengarah dan juga senarai pelakon.

Tidak disahkan jika filem ini akan menggunakan watak Kazuma Kiryu ataupun watak lain, namun mereka mengatakan yang penceritaan Kazuma Kiryu sangat bersesuaian untuk dijadikan sebagai satu filem.

Siri permainan Yakuza telah hadir sejak tahun 2005 lagi, dan mempunyai 7 permainan utama tidak menyertakan versi penambah-baikkan dan juga permainan sampingan. Permainan terbaru adalah Yakuza: Like a Dragon yang akan tiba akhir tahun ini.

Sohor Kini