Creative Assembly telah mengumumkan DLC penambahan pertama untuk Total War Saga: Troy iaitu Amazon yang kini sudah ditawarkan melalui Epic Games Store. Mereka juga menawarkan DLC tersebut secara percuma (terima kasih Niezam) dengan hanya mendaftar Total War Access.
Total War Access merupakan laman rasmi untuk perkembangan terbaru bagi permainan Total War.
DLC ini menyertakan dua puak baharu, Hippolyta dan Penthesilea bersama dengan tentera wanita sahaja, tiga mekanik puak baharu,dua misi baharu dan pelbagai lagi.
Di Epic Games Store ia ditawarkan dengan harga $6.29. Anda memerlukan permainan Total War Saga: Troy untuk bermain DLC ini, ia berharga $31.49 jika anda tidak menebus semasa ia ditawarkan secara percuma semasa hari pelancaran.
Anda boleh ke pautan ini untuk maklumat lanjut – https://www.totalwar.com/access-amazons/