Seperti diumumkan minggu lepas, Epic Games Store pada minggu ini menawarkan satu permainan sahaja secara percuma iaitu RollerCoaster Tycoon 3: Complete edition sebagai tawaran mingguan mereka.

RollerCoaster Tycoon 3: Complete edition [Epic Games Store] merupakan permainan yang dikeluarkan semula untuk permainan simulasi pembinaan taman tema. Ia diumumkan oleh Frontier pada awal bulan ini. Ia juga baru sahaja dilancarkan hari ini untuk PC dan juga Switch.

Ia ditawarkan secara percuma sehingga 1 Oktober sebelum diganti dengan satu permainan iaitu Pikuniku.

Sohor Kini