Square Enix hari ini mengesahkan yang permainan mudah alih berdasarkan siri permainan Nier iaitu Nier Reincarnation akan dikeluarkan untuk pasaran global terutama Amerika Syarikat dan Eropah.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, mereka telah melancarkan akaun Twitter berbahasa Inggeris untuk permainan tersebut.

Nier Reincarnation sudah diumumkan sejak bulan Mac lepas untuk pasaran Jepun, di mana ia juga telah menerima sesi beta tertutup. Dengan pengumuman ia akan tiba dengan lebih meluas, sudah semestinya satu berita yang baik. Buat masa ini, masih tiada tarikh pelancaran yang dikongsi.

Sohor Kini