Skip to main content

Sejak dikeluarkan pada 4 tahun lepas, No Man’s Sky terus menerus menerima penambahan yang menjadikan ia satu permainan yang sangat berbeza semasa pertama kali dilancarkan. Melalui kemaskini 3.0 yang dinamakan sebagai Origins, Hello Games sekali lagi mengembangkan permainan ini.

Sebahagian kecil penambahan yang disertakan di dalam kemaskini ini adalah planet baharu yang boleh diteroka oleh pemain, rekaan persekitaran serta kehidupan yang lebih pelbagai. Selain itu, ia juga menyertakan meningkatkan kualiti antaramuka permainan. Anda boleh baca kesemua penambahan melalui pautan ini.

Tujuan utama untuk kemaskini ini adalah memberi pengalaman baharu kepada pemain yang sudah meluangkan masa lama bermain, dan menarik pemain-pemain baharu untuk mencuba No Man’s Sky.

Hello Games telah menerima kritikan kerana melancarkan No Man’s Sky tetapi kekurangan pelbagai fungsi yang dijanjikan. Namun, kini boleh dikatakan mereka telah menjadikan permainan tersebut melebihi apa yang diminta oleh pemain.

No Man’s Sky sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply