Bersama dengan pengumuman Marvel’s Spider-man: Miles Morales, Insomniac Games telah mengumumkan edisi Ultimate untuk permainan tersebut di mana ia akan turut menyertakan Marvel’s Spider-man Remastered.

Namun, minggu ini Sony telah mengesahkan – pemain yang memiliki Marvel’s Spider-man boleh bermain permainan tersebut di PlayStation 5 melalui sokongan keserasian belakang tetapi tidak akan mendapat versi Remastered.

Versi Remastered buat masa ini hanya boleh didapati dengan membeli versi Ultimate untuk Miles Morales, dan mereka tidak merancang untuk mengeluarkannya secara berasingan.

Ini adalah perkara yang sama seperti yang berlaku untuk permainan Control, namun bagi kes Control ia mencetuskan kekeliruan kerana mereka menjual semula permainan yang sama, berbanding Sony yang menawarkan melalui permainan baharu.

Sohor Kini