Skip to main content

Larian Studios minggu ini telah mengumumkan yang mereka menunda pelancaran Baldur’s Gate 3 secara akses awal selama seminggu iaitu pada 6 Oktober 2020 berbanding akhir bulan ini. Mereka mengatakan ia adalah kerana untuk memberi lebih masa bagi pemeriksaan kualiti terakhir sebelum mereka bersedia.

Versi akses awal ini akan dikeluarkan untuk PC melalui Steam serta GOG dan juga untuk platform penstriman Stadia. Ini merupakan kali kedua ia ditunda di mana sepatutnya dikeluarkan pada bulan lepas lagi. Baldur’s Gate 3 pertama kali diumumkan pada Februari lepas semasa Stadia Connect.

Leave a Reply