Kad Storan Tambahan Xbox Series Mencecah RM900 Untuk 1TB

Xbox Series X akan hadir dengan storan 1TB manakala Xbox Series S hadir dengan 500GB storan, dan kedua-duanya disertakan dengan satu slot untuk storan tambahan yang menggunakan SSD NVMe dengan teknologi penghantaran data PCIe 4.0.

Hari ini, kita mungkin boleh menjangkakan harga untuk storan tambahan tersebut, di mana Best Buy telah menyenaraikan untuk 1TB Game Drive ia dijual dengan harga $219.99 (~RM916). Buat masa ini, hanya Seagate sahaja yang mempunyai produk rasmi, tetapi kita mungkin anda melihat lebih banyak jenama lain. Harga tersebut juga boleh dikatakan bersamaan dengan kad NVMe di pasaran sekarang.

Xbox Series masih lagi boleh menggunakan storan tambahan melalui USB, akan tetapi ia hanya untuk menyimpan data ataupun bermain permainan Xbox lama. Jika ingin bermain permainan terbaru, ia mesti disimpan di storan dalaman ataupun storan tambahan seperti di atas.

Sohor Kini