Skip to main content

Electronic Arts (EA) dan Respawn Entertainment minggu ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan realiti-maya Medal Of Honor: Above And Beyond akan dilancarkan pada 11 Disember 2020 ini. Seperti yang EA umumkan sebelum ini, permainan ini akan tiba di Oculus Rift melalui Oculus Store dan juga di Steam.

Medal Of Honor: Above And Beyond merupakan permainan penembak pandang pertama berdasarkan siri Medal Of Honor yang sangat terkenal beberapa tahun lepas.

Dengan lebih dari 120 muka surat skrip penceritaan dan persembahan, permainan ini akan memfokuskan peperangan dunia kedua di mana pemain akan mengembara di dalam dunia tersebut dengan penceritaannya yang sangat mendalam. Respawn Entertainment juga mengesahkan permainan ini akan menyertakan kandungan multi-pemain dan juga sokongan rentas platform antara set realiti-maya lain.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang bulan Disember ini.

Leave a Reply