PUBG Mobile akhirnya mengumumkan yang acara kolaborasi PUBG Mobile dan Blackpink yang disahkan sebelum ini bermula pada hari ini dengan pelbagai acara dianjurkan.
Bermula sekarang sehingga 4 Oktober, lagu terbaru oleh Blackpink iaitu “How You Like That” akan dimainakn di lobi, selepas album terbaru mereka tiba 4 Oktober ini, lagu-lagu lain juga akan disertakan. Selain itu, PUBG Mobile juga akan menerima pelbagai perubahan visual untuk tema Blackpink.
Bermula sekarang sehingga 8 Oktober, pemain juga boleh memberikan hadiah kepada akaun PUBG Mobile untuk setiap ahli Blackpink melalui ID yang dikongsi di bawah. Pemain yang memberikan hadiah terbanyak akan menerima ganjaran tertentu.
Selain itu, terdapat juga cabaran di dalam permainan yang akan berlangsung sehingga 9 Oktober, dengan menyelesaikan cabaran tersebut pemain akan mendapat Support Point. Pemain yang mengumpul Support Point akan berpeluang untuk memenangi kostum Panda dan Killer Cadet dan juga album Blackpink yang bertanda tangan.
PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.