Skip to main content

GigaBash, iaitu permainan oleh pembangun tempatan Passion Republic minggu ini mengumumkan watak baharu buat permainan tersebut iaitu Gigaman, di mana ia adalah watak yang inspirasi seakan watak adiwira Ultraman.

Menurut Passion Republic, Gigaman merupakan adiwira gergasi yang menggunakan kuasa Giga Energy. Menurut mereka, adiwira ini telah pun bersara 8 tahun lepas dan kini beliau kembali dalam keadaan terlebih berat dan tua.

GigaBash merupakan permainan arena pertempuran raksasa yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran secara 3 dimensi dengan sokongan sehingga empat pemain serentak.

Buat masa ini, Passion Republic mengesahkan permainan ini akan tiba di konsol PlayStation 4 dan PC. Namun dari segi tarikh pelancarannya, ia masih belum diumumkan. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini dan pandang pertama kami berkenaannya, anda boleh ke artikel di bawah.

[info]GigaBash โ€“ Permainan Brawler Tempatan Yang Berpotensi [/info]

Leave a Reply