Sebelum ini, kami berkongsi permainan Ghostrunner akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC menjelang bulan hadapan. Terkini, 505 Games mengumumkan yang mana permainan tersebut turut akan tiba di konsol Switch pada tarikh yang sama.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Ghostrunner adalah permainan aksi pedang yang mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh disamping menyelesaikan beberapa tekaria permainan ini.
Ghostrunner akan tiba di konsol dan PC pada 28 Oktober 2020 ini. Untuk informasi lanjut berkenaan permainan ini termasuklah beberapa kandungan pra-tempahan khas, anda boleh membacanya di sini.