Proletariat Inc hari ini mengumumkan yang permainan pertempuran royale mereka Spellbreak telah mempunyai 5 juta pemain sejak dikeluarkan pada 2 September lepas. Mereka juga berkongsi beberapa pencapaian lain yang anda boleh lihat di bawah.
Tiga negara dengan jumlah pemain teramai adalah Amerika Syarikat, Jepun dan juga Brazil. Spellbreak merupakan permainan yang boleh didapati secara percuma untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Epic Games Store. Ia juga menyokong fungsi rentas-platform.
Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini ataupun dengan menonton video di bawah.