Mike Flanagan kembali dengan siri TV seram kedua, “The Haunting of Bly Manor” untuk siaran eksklusif di Netflix. Ia tiada kaitan dengan “The Haunting of Hill House”, tetapi masih menggunakan konsep yang sedikit sama iaitu semua perkara seram berlaku di sebuah rumah yang besar.
Video acah kedua telah dikongsi oleh Netflix dan ia memperlihatkan sesuatu yang baru. Seperti siri yang pertama yang bermain dengan masa untuk menyampaikan jalan cerita, siri kedua ini memberi petanda yang ia akan bermain dengan mimpi pula. Secara tidak langsung membuatkan kami terfikir kepada Christopher Nolan. Adakah Mike Flanagan menggunakan konsep karya Nolan?
Video ini turut memfokuskan kepada semua orang yang berada di dalam rumah besar ini. Tetapi siapakah mereka dan siapakah mangsa? Di mana asal-usul hantu-hantu ini semua? The Haunting of Hill House sudah cukup seram, bagaimana pula dengan Bly Manor? Sama-sama kita nantikan siaran di Netflix pada 9 Oktober ini.