Skip to main content

Pada Ogos lepas, Gundam RX-78-2 yang dibina dengan skala sebenar di Yokohama, Jepun telah siap. Bulan ini, Gundam tersebut telah diuji dan memperlihatkan pelbagai pergerakan yang boleh dilakukan.

Seperti kami laporkan sebelum ini, ia mempunyai 24 sendi yang boleh bergerak. Gundam ini sepatutnya diperlihatkan kepada umum bersempena pembukaan Gundam Factory Yokohama pada Oktober ini, tetapi telah ditunda akibat pandemik Covid-19 tetapi mereka masih menyasarkan pada tahun ini.

Leave a Reply