Skip to main content

Helstrom adalah watak mistik dalam komik Marvel. Ia berkait dengan mana-mana watak yang melibatkan konsep neraka, setan, atau jin seperti Ghosr Rider. Bulan Jun lepas, Hulu telah memperlihatkan logo bagi siri TV ini untuk siaran di platform penstriman mereka.

Terkini, video acah pertama telah diperlihatkan dan ia mempertontonkan sesuatu yang berlainan. Ia dilihat seakan siri TV seram yang berkait dengan sumpahan dan dendam. Untuk siri TV ini, Daimon Helstrom dan Ana Helstrom yang merupakan anak kepada seorang pembunuh bersiri yang misteri. Hubungan mereka berdua ini adalah sangat rumit. Tetapi mereka masih bersama-sama memburu kejahatan di sebalik manusia dengan menggunakan kebolehan istimewa mereka.

Sinopsis siri TV ini dilihat mirip sahaja dengan komik. Tetapi, jika ikut komik bapa beliau bukan sekadar pembunuh bersiri sahaja. Tetapi juga merupakan sejenis iblis yang menjadikan ibu mereka Victoria gila. Daimon adalah lebih kepada keagamaan dan Ana pula adalah ke arah kejahatan seakan bapa mereka. Untuk siri TV ini, Tom Austen dan Sydney Lemmon melakonkan watak Daimon dan Ana, Elizabeth Marvel sebagai ibu mereka Victoria dan turut memperlihatkan pelakon Robert Wisdom (sebagai penjaga), Ariana Guerra (sebagai Gabriella Rosetti), June Carryl (sebagai Dr. Louise Hastings) dan Alain Uy (sebagai Chris Yen).

Disebabkan Hulu adalah milik Disney, jadi ada kemungkinan yang siri TV ini terlibat dengan MCU. Nasib siri TV Marvel di Hulu tidak seperti Marvel di Netflix yang tamat begitu sahaja.

Leave a Reply