Skip to main content

Selepas tertiris sebelum ini, Nintendo akhirnya melancarkan secara rasmi Kirby Fighters 2 dan ia boleh didapati melalui Nintendo eShop bermula sekarang. Video pelancaran boleh ditonton di bawah.

Kirby Fighters merupakan mod tambahan yang hadir di dalam permainan Kirby: Triple Deluxe. Bagi Kirby Fighters 2 ia adalah permainan kendiri yang menyertakan pelbagai mod lain.

Terdapat 17 Kirby berbeza yang setiap-nya mempunyai kebolehan tersendiri termasuk juga kebolehan baharu iaitu Wrestler. Selain itu hadir juga watak lain seperti Bandana Waddle Dee, Gooey, Magolor, Meta Knight, dan King Dedede.

Jika anda berminat, ia boleh didapati dengan harga $19.99 di Nintendo eShop.

Leave a Reply