Seperti yang diumumkan oleh Psyonix pada minggu lepas, Rocket League bermula hari ini secara rasminya menjadi permainan percuma untuk semua platform ia dikeluarkan. Bagi versi PC, ia hanya ditawarkan melalui Epic Games Store, manakala di Steam hanya untuk pemain yang sudah memilikinya sebelum ini.

Bagi menggalakkan pemain mendapatkan permainan tersebut di Epic Games Store, mereka telah menawarkan kupon bernilai $10 untuk pemain yang tebus Rocket League sebelum 23 Oktober 2020. Anda tidak perlu memuat turun untuk mendapatkan kupon tersebut, cukup sekadar tebus.

Kupon tersebut boleh digunakan sehingga 1 November 2020 untuk permainan yang bernilai $14.99 ke atas termasuk juga permainan yang sudah mendapat diskaun.

Rocket League sudah dilancarkan dan boleh didapati secara percuma untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini