Buat masa ini, masih tiada berita mengenai masa hadapan bagi filem-filem Star Wars. Disney hanya memfokuskan kepada siri TV untuk siaran eksklusif di Disney+. Kita sudah ada The Mandalorian dan kelak siri Obi-Wan Kenobi pula dan banyak lagi. Lagi satu siri TV adalah siri sampingan bagi filem Rogue One: A Star Wars Story. Ini adalah antara filem Star Wars terbaik diri saya, sebagai peminat baru Star Wars, kerana ia mempunyai jalan cerita dan konsep yang segar dan asli.

Pada asalnya, siri TV ini akan diarahkan oleh Tony Gilroy iaitu penulis bagi filem Rogue One dan siri TV Star Wars berdasarkan watak Cassian Andor. Tetapi beliau telah tarik diri dan Deadline melaporkan, Disney memilih Toby Haynes sebagai pengganti. Bagi yang tidak kenal Toby, beliau adalah pengarah siri TV terkenal – Black Mirror. Beliau dilaporkan akan mengarah tiga episod untuk siri sampingan ini.
Menjadikan persoalan, mampukah siri TV ini kelak mendapatg perhatian sehebat filem Rogue One? Sama-sama kita nantikan.