Geoff Keighley hari ini mengumumkan yang The Game Awards untuk tahun ini akan berlangsung pada 10 Disember 2020. Menariknya, acara anugerah tersebut akan dirakam di studio kosong di tiga negara iaitu Los Angeles (Amerika Syarikat), London (England) dan Tokyo (Jepun).
Berdasarkan temubual beliau dengan Variety, inspirasi untuk melakukan acara ini di tiga negara diambil daripada permainan Death Stranding oleh Kojima Productions, namun dengan skala dunia.
Buat masa ini senarai pencalonan masih tidak diumumkan, menjawab persoalan jika permainan yang dikeluarkan setakat 15 November sahaja yang akan dinilai seperti tahun lepas, beliau mengatakan ia masih tidak ditentukan lagi.