Skip to main content

Peringkat akhir untuk PUBG Mobile Pro League Singapura/Malaysia akan berlangsung pada 25 hingga 27 September ini, di mana 16 pasukan terbaik dari peringkat awal akan bertanding untuk merebut kejuaraan. 16 pasukan yang layak adalah seperti berikut;

  • Team Secret
  • J8 Esports
  • Axis Nrl Mpx
  • Team SMG
  • TRX Elementus
  • Geek Fam
  • Damansara Esports
  • Resurgance
  • Yoodo Gank
  • NED Brotherhood
  • Dingoz MZ
  • Marlino
  • Evos VIP
  • Ezzy LX
  • Team Bosskurr
  • Team No Recoil

2 Pasukan terbaik peringkat akhir ini akan menyertai Yoodo Gank dan Team Secret ke peringkat akhir untuk PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara. Jika Yoodo Gank dan Team Secret berada di tempat pertama dan kedua, 2 pasukan terbaik seterusnya akan mendapat tempat tersebut.

Manakala untuk penonton pula, Tencet telah menawarkan hadiah menarik bergantung kepada jumlah tontonan serentak semasa kejohanan tersebut. Tontonan tertinggi iaitu 250 ribu penonton akan memberi peluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi 2020. Berikut adalah senarai hadiah untuk setiap jumlah tontonan serentak;

  • 100 ribu – Poster PUBG Mobile World League (50 Pemenang)
  • 130 ribu – RM50 Baucar Play Store/App Store (30 pemenang) dan Aukey Powerbank (10 pemenang)
  • 160 ribu – AirPods Pro (10 Pemenang) dan Kerusi Gaming (5 Pemenang)
  • 200 ribu – iPhone SE (4 pemenang) dan iPhone 11 Pro Max (1 pemenang)
  • 250 ribu – Perodua Myvi 1.3L X Auto (1 pemenang)

Maklumat lanjut mengenai cara untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut akan diumumkan semasa penstriman langsung kelak. Anda juga boleh layari laman rasmi kejohanan untuk maklumat lanjut. PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Leave a Reply