Bithell Games iaitu pembangun permainan seperti Thomas Was Alone dan Volume mengumumkan permainan “ringkas” terbaru mereka The Solitaire Conspiracy. Ia merupakan permainan kad solitaire yang menyertakan mod penceritaan. Anda boleh tonton video acah di bawah.

Selain mod penceritaan yang akan menggunakan gaya FMV, ia juga menyertakan 2 mod lain iaitu Skirmish dan Countdown. Permainan ini akan dikeluarkan pada 6 Oktober 2020 melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini