Outbreak Day merupakan hari untuk menghargai pemain-pemain The Last of Us yang berlangsung pada 26 September setiap tahun. Ia adalah berdasar tarikh pandemik di dalam permainan The Last of Us bermula.

Namun, dengan keadaan pandemik Covid-19 sekarang, Naughty Dog merasakan tidak sesuai untuk terus menggunakan nama tersebut dan mengubahnya kepada The Last of Us Day.

Mereka juga mengatakan yang pelbagai acara yang dirancang untuk hari tersebut, di mana mereka akan kongsi maklumat lanjut dalam masa terdekat.

Sohor Kini