Konami tampaknya cuba membawa permainan klasik mereka ke PC jika mengikut penyenaraian di Agensi Penarafan Taiwan. Gematsu telah melaporkan yang terdapat empat permainan disenaraikan untuk PC iaitu Metal Gear, Metal Gear Solid, Metal Gear Solid 2: Substance dan Konami Collector’s Series: Castlevania and Contra.

Metal Gear merupakan permainan pertama untuk siri oleh Hideo Kojima ini yang dikeluarkan pada 1987, Metal Gear Solid pula permainan ketiga yang dikeluarkan pada tahun 1998, Metal Gear Solid 2: Substance pula adalah versi penambahan untuk Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty iaitu permainan keempat.

Manakala Konami Collector’s Series: Castlevania and Contra pula menyertakan permainan seperti berikut;

  • Castlevania
  • Castlevania II Simon’s Quest
  • Castlevania III Dracula’s Curse
  • Contra
  • Super C (Super Contra)

Buat masa ini masih tidak pengumuman rasmi yang dilakukan oleh Konami, tetapi kami menjangkakan ia akan dilakukan dalam masa terdeka.

Sohor Kini