Google hari ini telah mengeluarkan lapran tahunan berkaitan pasaran permainan video di rantau Asia Tenggara, dan berkongsi sejumlah data-data menarik berkaitan dengannya.

Menurut Google, sepanjang Januari sehingga Jun 2020 ini, permua (permainan mudah-alih) terlaris di rantau Asia Tenggara adalah Free Fire : Rampage dari Garena. Ia diikuti oleh Mobile Legends : Bang Bang, dan pada kedudukan ketiga adalah Rise of Kingdoms : Lost Crusade. 5 permua popular di rantau Asia Tenggara adalah permua yang berkait dengan esukan.

Dari segi genre, ramai peminat permua juga meminati genre RPG, diikuti oleh Strategi dan juga Aksi.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkaitan tinjauan dan data yang dikeluarkan oleh Google ini?

Sohor Kini