Julai lepas, Xbox Game Studio dan 343 Industries melancarkan permainan Halo 3 buat koleksi permainan Halo: The Master Chief Collection di PC melalui Steam.

Terkini, permainan seterusnya iaitu Halo 3: ODST juga turut dilancarkan secara rasmi di mana ia boleh dibeli dengan harga RM12.50 ataupun secara bersama melalui koleksi permainan Halo: The Master Chief Collection tersebut.

Seperti pelancaran permainan Halo sebelum ini, versi PC ini merupakan permainan yang dinaik-taraf khas buat platform PC di mana 343 Industries dari segi visual dan juga bentuk permainan.

Halo 3: ODST merupakan permainan penembak pandang pertama berdasarkan siri Halo di mana asalnya permainan ini dilancarkan pada 2009 lepas. Ia memfokuskan pasukan ODST (Orbital Drop Shock Troopers) yang bertempatkan ketika dan selepas Halo 2.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan ini, ianya boleh dibeli di Steam secara berasingan ataupun secara koleksi dengan harga hanya RM65 sahaja. Anda juga boleh dapatkannya di Microsoft Store dengan harga $39.99(~RM173).

Sohor Kini