Bagi anda yang memainkan permainan Mobile Legends : Bang Bang, kini kemaskini terbaru dibawah Project Next telah mula ditawarkan kepada pemain Android dan iPhone.

Kemaskini terbaru ini menyertakan penaik-tarafan dari segi grafik, selain pembaharuan pada hero Saber Alucard, Miya, Layla dan sebagainya.

Pada masa yang sama, Mobile Legends turut mengatakan dua watak baru akan ditawarkan pada bulan Oktober kelak, iaitu Brody dan juga Lone Star.

Muat-Turun permainan Mobile Legends : Bang Bang di Android dan iOS hari ini, dan nikmati kemaskini baru yang dibawakan ini.

Sohor Kini