Skip to main content

J.K. Simmons terkenal sebagai pelakon bagi watak J. Jonah Jameson dalam trilogi filem Spider-Man arahan Sam Raimi. Selepas bertahun lamanya, Sony dan Disney membuat kejutan untuk filem Spider-Man: Far From Home dalam dunia MCU – J.K. Simmons kembali lagi sebagai J. Jonah Jameson. Walaupun hanya penampilan khas untuk sementara waktu, tetapi ia memuaskan hati peminat dan adalah fan service yang amat baik.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, J.K. Simmons mempunyai kontrak untuk muncul dalam dua lagi sekuel filem. Ini adalah selari dengan khabar angin, yang Tom Holland akan muncul sebagai Spider-Man dalam dua lagi filem MCU. Terkini, J.K. Simmons telah menjawab persoalan, kenapa watak J. Jonah Jameson dalam MCU botak dan tidak mengikut komik atau rekaan seperti filem sebelum ini.

Menurut beliau, wakil agensi menerima panggilan untuk beliau kembali memainkan watak ini secara minit terakhir. Hanya sekitar 1-2 hari selepas panggilan beliau terus diarahkan untuk membuat penggambaran rahsia di satu set pejabat. Disebabkan ingin cepat, pereka kostum tiada masa membuat rekaan watak serta rambut palsu. Jadi, bagi mereka ingin sedapkan hati mengenai kesinambungan watak ini dari filem Sam Raimi dengan MCU – J.K. Simmons mencadangkan peminat yang beliau botak kerana sama ada usia sudah lanjut dan rambut gugur atau selama ini watak ini memang menggunakan rambut palsu.

Penampilan khas beliau dalam Spider-Man: Far From Home adalah iterasi yang lebih moden seakan seorang YouTuber yang sesuai dengan masa kini.

Leave a Reply