The Croods adalah filem animasi pada tahun 2013 yang memfokuskan kehidupan orang batu. Filem ini adalah filem yang penuh dengan komedi, aksi lucu, drama dan juga nilai kekeluargaan. Pelakon suara bagi watak-watak dalam filem ini adalah Nicholas Cage, Emma Stone, Ryan Reynolds, Cloris Leachman, Catherine Keener dan juga Clark Duke.
Terkini, video acah bagi sekuel filem sudah diterbitkan dengan judul The Croods: A New Age. Pelakon suara baru dalam filem animasi ini adalah Peter Dinklage, Leslie Mann dan Kelly Marie Tran. Filem sekuel ini akan menmfokuskan kepada watak-watak baru, yang digelar sebagai keluarga The Betterman. Betterman yang bermaksud “better“ iaitu lebih baik adalah keluarga yang lebih berinovasi, hebat, bijak dan ada banyak ciptaan.
Selepas tragedi pada filem pertama, keluarga The Croods perlu mencari tempat tinggal baru. Selepas menemui satu tempat yang seakan syurga, mereka terpaksa bersemuka dengan keluarga The Betterman. Tetapi disebabkan satu ancaman dari luar, mereka terpaksa bekerjasama bagi menyelesaikan masalah ini.
Filem ini akan ditayangkan di Malaysia, seperti yang disahkan oleh GSC baru-baru ini.