Supercell iaitu penerbit permainan seperti Clash of Clans, Clash Royale dan Superbrawl di arahkan oleh mahkamah di Amerika Syarikat untuk membayar royalti kepada Gree Inc iaitu syarikat permainan video dari Jepun sebanyak $8.5 juta kerana menggunakan teknologi di dalam permainan mereka yang sudah di paten oleh Gree.

Bayaran tersebut adalah untuk penggunaan sebelum dan juga pada masa hadapan. Ia adalah jumlah yang lebih rendah berbanding diinginkan oleh Gree, tetapi hakim boleh menambah nilainya sebanyak 3 kali ganda.

Kes tersebut memfokuskan kepada penggunaan 5 paten Gree yang banyak memfokuskan kepada bagaimana permainan berinteraksi dengan pemain, serta penggunaan sistem kad untuk digunakan semasa perlawanan.

Supercell didapati menggunakan 4 daripada 5 paten, di mana mereka menegaskan yang ia tidak benar dan paten tersebut adalah tidak sah. Mahkamah menolok kenyataan tersebut. Supercell sudah semestinya mempunyai peluang lagi untuk membawa kes ini ke Makhamah yang lebih tinggi.

Sohor Kini