The Mandalorian adalah siri TV sampingan Star Wars yang baik. Siri TV ini disiarkan di platform penstriman video Disney+ dan musim kedua bagi siri TV ini sudah pun diumumkan. Video acah bagi siri TV ini turut telah diperlihatkan baru-baru ini. Menurut beberapa laporan, musim kedua akan mempunyai misi mencari Jedi kerana “This Is The Way“.

Musim baru ini turut akan memfokuskan kepada watak Moff Gideon, lakonan Giancarlo Esposito. Semasa temuramah bersama beliau dengan People Magazine, beliau telah menyatakan yang siri TV ini akan bersambung untuk musim ketiga dan juga musim keempat. Walaupun begitu, pihak Disney masih tidak mengesahkan apa-apa lagi. Dengan musim dua yang bakal tiba, pengumuman rasmi bagi kesinambungan siri ini mungkin hanya akan tiba selepas tamatnya musim kedua.

Bukan itu sahaja, Giancarlo Esposito turut berkongsi yang musim kedua penonton akan dapat lihat kuasa Baby Yoda dan apakah maksud kewujudan watak ini. Selain itu, siri TV ini turut akan mendedahkan Darksaber milik Moff Gideon dan bagaimana ia berkait dengan The Clone Wars dan siri Star Wars lain.

Sohor Kini